HIGHLIGHT

6 BULAN TANPA HAID... Situasi yang membimbangkan bagi pasangan suami isteri

TESTIMONI: 6 BULAN TANPA HAID Tertekan betul perasaan. Tak sampai sekotak makan, haid dah keluar. Gembiranya perasaan, Allah saja...

Isnin, 2 Mei 2016

Wanita Moden, Berpantang Cara Moden, Yang Penting, Segera Sihat dan Sembuh.

Berpantang Cara Moden, Mudah dan Sihat.
Alternatif Bagi Wanita Kota dan Wanita Muda.

Kelahiran adalah suatu khabar gembira bagi semua pasangan, 
Terutama bagi yang baru mendirikan rumahtangga.

Khabar gembira, namun, kadang- kadang menjadi masalah bagi ibu muda terutama bila bersalin di Kota Raya yang besar dan berjauhan pula dengan ibu bapa.

Istilah ' Dalam Pantang' adalah masa Pemulihan bagi Ibu tadi, dan masa penyesuaian bersama baby baru.

Pemulihan termasuk : 

1. Luka bersalin termasuk luka dalam dan bengkak rahim ( jika operation, ia sedikit rumit)
2. Pemulihan tenaga 
3. Pemulihan semula saraf
4. Pemulihan bentuk badan (rekahan dan bahagian perut yang besar)
5. Proses penyusuan pada si kecik.

Ibu- ibu perlukan : 

1. Rawatan untuk luka, luar dan dalam
2. Urutan untuk pulih tenaga dan betulkan aliran darah
3. Bertungku untuk kecutkan rahim dan urat2 kembang
4. Pemakanan herba untuk lancarkan darah nifas
5. Makanan terbaik untuk penghasilan susu badan.

Rawatan ini perlu segera dan konsisten supaya ibu cepat pulih, darah yang hilang cepat berganti, luka yang besar kena sembuh segera, badan yang lemah , mesti segera mendapat zat semula.

Secara tradisi, amalan berurut dan bertungku sangat diperlukan ketika ini, namun ibu muda cukup dilema: 

1. Bila bidan mengurut sekadar ' menjamah' dan ' mengggosok ' sahaja, tanpa mengurut.
2. Bayaran mahal tak sepadan servis, 
3. Sukar mencari warga tempatan yang mahir dan mengekalkan cara tradisional, 
4. Ramai ibu muda yang tak gemar badan di usik2 oleh orang lain
5. Servis tidak memulihkan 100% badan yang lemah.

Sebab itu, ramai yang memilih Cara Mudah, Moden dan Pasti Sihat..
Berpantang dengan PREMIUM BEAUTIFUL.

1. Long Bra : Membantu menambahkan susu badan, mengelak susu bengkak, menghilangkan pigmen hitam pada kawasan breast dan mengembalikan bentuk asal payudara sehabis pantang, 
       Cadangan Penggunaan : 1 minggu selepas bersalin

2. Bengkung ;  bahagian paling sedap, paling penting, kerana membantu mengempiskan perut, menghilangkan rekahan, melawaskan darah nifas dan menghilangkan sakit pada bahagian belakang ( bagi yang operation).

       Cadangan Penggunaan : sejurus selepas melahirkan

3. Long Girdle: membantu mengempiskan perut, mengecutkan rahim, melawaskan darah nifas, menghilangkan bau, menstabilkan hormon, membentuk semula pinggul yang sedikit kembang.
       Cadangan Penggunaan: sebaik luka sembuh.

Rata- rata ibu muda di kota raya besar bersetuju, bahawa mereka nak pulih segera selepas bersalin, dan mereka mencari sesuatu yang 'segera'  untuk proses itu, dan mereka lebih memilih 'rawatan yang boleh diurus sendiri, tanpa melibatkan orang lain'
Lagi pula, testimoni PULIH SEGERA DAN PULIH SEPENUHNYA BERSAMA PREMIUM BEAUTIFUL TERBUKTI SANGAT RAMAI.

Untuk lebih tips dan pertanyaan, sila PM atau whatsapp : 019 5591424
Atau call 013 3198176








Sent from my iPad

Isnin, 25 April 2016

5 Tips Kesuburan Wanita

Tips kesuburan ini merujuk kepada meningkatkan kualiti sel telur. Setakat mana ia berhasil tidaklah dapat dipastikan, cumanya jika diperhatikan kelima-lima tips tersebut bolehlah diterima akal... selamat mencuba.







Ini perkongsian dari saya, pengalaman perkongsian 10 tahun saya bersama pelanggan, penuh dengan kejutan... alhamdulillah berjaya, sila klik sini: SATU LAGI TIPS DARI SAYA
_______________
Sumber: http://bit.ly/5_tips_subur

Ahad, 24 April 2016

MIN KAFFE nama baru bagi Mineral Coffee

Nikmati MIN KAFFE dengan harga istimewa... Anggap ia sebagai hadiah kesegaran dan kesihatan buat tubuh anda.

Jika anda MENDAFTAR, anda layak:

Menerima kemudahan harga lebih istimewa, dan...

Anak anda juga layak menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dari pihak Yayasan Syarikat jika UPSR 3A ke atas, PT3 6A ke atas, dan SPM 7A ke atas. Anggap ia sebagai 'Reward' kepada anak-anak.

HUBUNGI/WHATSAPP SAYA
0179694148

Rabu, 20 April 2016

Hilang Nafsu dengan Suami , saya terkena SIHIR.. Betul ke ???

" Ada yang dengki dengan kami ni, sekarang saya rasa 'tawar' dengan suami"

Betul ke rasa 'tawar' tu disebabkan oleh 'gangguan atau buatan' ?
Simptom yang jarang kita perasan adalah... SIMPTOM GANGGUAN HORMON.

Kenali 9 simptom gangguan hormon bukan gangguan makhluk lain...


Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon:

1. Berat badan meningkat.

Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

2. Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.

Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

3. Kurang bernafsu.

Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

4. Keletihan.

Selalu sangat keletihan, tak padan dengan kerja,. Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

5. Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.

Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

6. Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.

Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

7. Berpeluh.

Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

8. Masalah penghadaman.

Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

9. Mengidam.

Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.

Selasa, 19 April 2016

PETUA HALAU ULAR versi ARWAH BAPA SAYA..

BAU LIMAU PURUT BOLEH BANTU HALAU ULAR.

Pertamanya Ucapan Takziah pada keluarga mangsa serta doa semoga adik Nurin Nadhirah Ruslan diberkati Allah selalu..( beliau sememangnya anak syurga, alhamdulillah)..

Pernah berlaku pada kami, serentak 7 ekor ular dalam rumah, bayangkan, namun kalau takut, baik jangan bayang, ketika itu, saya berpantang di kg, dan hujung minggu, suami pun balik jenguk kami.

Sebaik balik semula ke rumah kami, awal2 pagi suami masuk bilik mandi, masa nak mula mandi, ternampak kelibat menjalar kat lantai, sepantas kilat, beliau melompat ke atas kolah, ular tadi terus menjalar keluar.

Lepas mandi, suami rasa tak sedap hati, jenguk bilik belakang yang kosong, hanya ada sekeping tikar di lantai, mungkin ada mungkin tidak, bila digerak- gerakkan tikar, maka bunyi la.. sssss...sah ada.., beliau terus call kawan2 tempat kerja, sekali datang dan angkat tikar ada la yang besar bawah tu..

Lepas hari tu, setiap hari ada sekor sekor masuk hinggalah jumlah jadi 7 ekor, tidur dalam ngeri, akhirnya arwah ayah bagi 1 petua, ' potong limau purut dan letak tempat tersembunyi yang di khuatiri tempat dia tinggal'..
Dalam masa sama, kami berdoa, solat hajat, moga dijauhkan..

Alhamdulillah dengan Izin Allah swt, mulai hari tu, tak ada lagi sampai la sekarang, apapun usaha cara betul tetap kena ada, dan jangan lupa, mohon pada Khaliq moga Allah jauhkan kita dari perkara bahaya..